5 Cara Memilih Simkad Untuk Handphone Anda

by

Anda mesti pening tidak tahu simkad internet mana yang terbaik untuk kegunaan harian anda kerana di luar sana banyak telco provider yang menawarkan simkad sama ada postpaid atau prepaid yang menarik.

Jangan risau, dengan posting ini, mungkin dapat membantu anda buat keputusan yang tepat untuk handphone anda. 5 cara Memilih Simkad :

1. Periksa Coverage apa terbaik di kawasan anda.

Coverage di sesuatu tempat adalah paling penting untuk anda kenal pasti. Sebab sejauh mana hebat plan telco tersebut, jika coverage di tempat anda tiada liputan, plan yang anda langgan tidak akan berjalan dengan lancar dan akan merugikan anda. Coverage telco di Malaysia ialah Celcom, Maxis, digi, Umobile dan Unifi. Cubalah periksa Line (coverage) apakah yang terbaik di kawasan anda.

Baca juga: Cara Cek Coverage Line Telco di Malaysia

2. Pilih Pelan Pakej Yang Sesuai dengan Kegunaan Harian Anda

Memang terdapat banyak pelan dan pakej menarik yang ditawarkan oleh pihak telco, walau bagaimana pun, ia belum tentu sesuai dengan kegunaan anda. Tiap telco menawarkan plan yang berbeza mengikut kegunaan harian masyarakat. Ada yang menawarkan pelan unlimited data tetapi ada had kelajuan internet dimana had kelajuan ini akan mengganggu aktiviti internet anda seperti sangkut apabila anda buat meeting online dan aktivit browser internet. Pelan unlimited data juga mempunyai had limit hotspot.

Simkad BeONE Prepaid menawarkan pelan data internet pantas dengan harga paling rendah di pasaran tanpa sekatan hotspot hanya RM30 sahaja sebulan. Klik disini jika anda nak tahu info lanjut mengenai pelan beone.

Pentingnya anda study dahulu pelan, kemudian baru decide simkad telco apakah yang terbaik untuk anda.

3. Pilih Simkad Yang Tiada Kontrak

Biasanya hanya Pelan postpaid (bill) sahaja yang ada kontrak. Kontrak dalam telco sebenarnya banyak menyusahkan pengguna. Simkad yang ada kontrak, anda tidak akan dapat terminated nombor atau bertukar ke telco lain selagi kontrak simkad anda belum tamat melainkan jika anda sanggup bayar penalti (denda) pada telco tersebut. Jadi pilih lah simkad yang tiada kontrak supaya tidak menyusahkan anda di kemudian hari.

Contoh kenapa simkad yang ada kontrak bakal merugikan anda. Katakan anda sudah daftar simkad dengan kontrak, tiba² coverage ditempat anda bermasalah dan anda ingin bertukar ke telco lain, Kontrak akan menghalang anda dari berbuat demikian melainkan kontrak anda telah tamat atau anda sudi membayar penalti yang dikenakan.

4. Pastikan Tiada Cas Tersembunyi

Ini juga penting supaya anda tidak teraniaya semasa menggunakan simkad. Untuk mengelakkan kejadian ini berlaku, cubalah selidik terlebih dahulu pelan pakej yang ditawarkan. Jika anda tidak mahu sakit kepala, pilih sahaja simkad prepaid.

5. Topup atau Bayar Bill Yang Mudah Didapati

Telco yang anda pilih, mestilah ada kemudahan untuk topup atau untuk bayar bill. Biasanya benda ini sudah jarang berlaku kerana rata² telco sudah menawarkan kemudahan dimana anda boleh terus topup atau bayar bill di aplikasi yang disediakan oleh pihak telco melalui handphone anda.

Kami harap, dengan posting ini sedikit sebanyak dapat membantu anda buat keputusan dalam memilih simkad. Oh ya, jika anda berminat nak dapatkan simkad beone, anda boleh hubungi BeONE Sales Executive kami di seluruh Malaysia Klik disini. Team kami menyediakan support yang mantap on 24 jam untuk anda.

error: Content is protected !!